Friday, August 19, 2011

BONUS OH BONUS....


Untuk mendapatkan bonus dunia, kita sanggup menunggu berjam-jam lamanya, sanggup beratur panjang berjela-jela di mesin-mesin ATM semata-mata untuk mendapat imbuhan yang sedikit, yang mana kita tahu ianya hanya sementara dan tidak kekal lama.

Bonus tersebut akan habis dengan hanya sekelip mata apabila kita membelanjakannya. Apabila bonus lambat di beri kita pasti akan merungut dan semua yang dilakukan akan terasa serba tidak kena.

Kenapa tidak hal yang sama kita lakukan untuk mengejar bonus akhirat, sedangkan kita tahu imbuhannya berlipat kali ganda tambah-tambah lagi bonus yang Allah janjikan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Apa salahnya jika kita luangkan masa kita di masjid, surau atau di mana sahaja majlis-majlis ilmu di adakan. Walaupun ganjaran atau imbuhan yang akan kita perolehi tidak nampak oleh pandangan mata kasar, tetapi sedarkah kita bahawa nikmat kesenangan yang kita perolehi semasa hayat di dunia ini pemberian siapa? Allah S.W.T juga bukan?

Ramadhan kini hanya bersisa beberapa hari sahaja lagi, tetapi masih sempat untuk kita merebut peluang-peluang yang Allah berikan. Yang penting keinginan itu perlu ada dan lakukanlah yang terbaik untuk penuhi keinginan itu...

Namun akulah manusia yang tahu TETAPI leka dan terpedaya..

No comments:

Post a Comment