Friday, August 19, 2011

BONUS OH BONUS....


Untuk mendapatkan bonus dunia, kita sanggup menunggu berjam-jam lamanya, sanggup beratur panjang berjela-jela di mesin-mesin ATM semata-mata untuk mendapat imbuhan yang sedikit, yang mana kita tahu ianya hanya sementara dan tidak kekal lama.

Bonus tersebut akan habis dengan hanya sekelip mata apabila kita membelanjakannya. Apabila bonus lambat di beri kita pasti akan merungut dan semua yang dilakukan akan terasa serba tidak kena.

Kenapa tidak hal yang sama kita lakukan untuk mengejar bonus akhirat, sedangkan kita tahu imbuhannya berlipat kali ganda tambah-tambah lagi bonus yang Allah janjikan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Apa salahnya jika kita luangkan masa kita di masjid, surau atau di mana sahaja majlis-majlis ilmu di adakan. Walaupun ganjaran atau imbuhan yang akan kita perolehi tidak nampak oleh pandangan mata kasar, tetapi sedarkah kita bahawa nikmat kesenangan yang kita perolehi semasa hayat di dunia ini pemberian siapa? Allah S.W.T juga bukan?

Ramadhan kini hanya bersisa beberapa hari sahaja lagi, tetapi masih sempat untuk kita merebut peluang-peluang yang Allah berikan. Yang penting keinginan itu perlu ada dan lakukanlah yang terbaik untuk penuhi keinginan itu...

Namun akulah manusia yang tahu TETAPI leka dan terpedaya..

Saturday, July 30, 2011

. . .

Ya Allah??
i need ur help!!
stressnya aku!!

im trying to manage it..
huh!! its a tough situation for me..

Sunday, June 19, 2011

pesanan buat diriku..

kata ibu...
pergilah nak...berlajarlah bersungguh-sungguh..jgan kau lemas dlm kebebasan yg ibu brikan..kalo x, ibu x hntr kamu ksana melainkan ibu percaya spnuhnya kpd kamu..krana kamu anak ibu, syg...


kata abah...
anakku, abah lepaskan kamu dgn sjuta doa moga kamu x prnah lupa nama yg kamu bawa d hujung namamu..hati ini brharap agar kamu pulang dgn mmbawa hadiah kjayaan, wahai anakku...

kata ibu '' dgr pesanan abah''
kata abah '' dgr pesanan ibu''
bisik hatiku ''dgr pesanan ibu n abah''

Selamat Berjuang!!

Saturday, June 4, 2011

bacalah..

Story about membaca.. jom??

Iqra’!! bacalah!! ‘‘bacalah, dengan nama Allah yang Maha Pencipta’’..

Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.. Wahyu inilah yang menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga sekarang…

Namun apa yang dipersoalkan ialah mengapa umat zaman sekarang sudah alpa tentang kepentingan membaca?? Kenapa Islam semakin mundur?? Mengapa zaman kegemilangan Islam menjadi zaman kegelapan??

Bukankah, semua jawapan yang kita tercari-cari terdapat dalam Al-quran?? Mengapa susah sangat untuk kita membaca dan mengkaji Al-quran?? Mengapa orang bukan Islam begitu mudah mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan mengkaji Al-quran?? Mengapa mereka?? Mengapa bukan kita sebagai Islam??

Tahukah anda?? Orang bukan Islam sedang mengkaji Al-quran dan Hadis-hadis Rasullullah s.a.w. untuk menewaskan orang Islam..pada akhir zaman semua makhluk Allah(termasuk pokok) akan membantu orang Islam untuk menumpaskan orang bukan Islam..akan tetapi, melalui kajian yang telah dilakukan oleh mereka, ada sejenis pokok yang tidak akan membantu orang Islam..so?? mereka telah mengambil langkah afdal dengan menanam pokok itu di seluruh dunia agar dapat mengalahkan Islam..mereka telah melakukan ini dengan pembacaan dan membuat kajian..

mengapa orang Islam dahulu kala dapat menyeru dan berkongsi maklumat dengan orang sekeliling? Mengapa mereka reti untuk mencipta tetapi kita hanya reti untuk meniru? Kenapa kini, manusia hanya reti mengejar hambatan duniawi dan pentingkan diri sendiri sehinggakan susah untuk berkongsi maklumat??

U knw wat?? scientist pertama adalah dalam kalangan orang Islam..engineer pertama..doktor pertama dalam perubatan..astronomy pertama..arkitek pertama..mahupun orang yang mengelilingi dunia yang pertama juga dalam kalangan orang Islam yang dahulu…akan tetapi, apa yang diketahui di mata dunia ialah orang bukan Islam..contohnya Albert Einstein, sapa yang tak kenal dia?? Albert Einstein adalah orang yang paling bijak dalam dunia, kononnya telah berjaya mencipta formula algebra.. tahukah kamu?? Orang pertama yang menemui formula ALGEBRA ialah Al-Khawarizmi.. beliau merupakan seorang Islam..bukannya Albert Einstein..

Mengapa smua ini terjadi?? hal ini kerana mereka ``mencuri`` dan meniru rekaan orang Islam..Mereka juga mengkaji Al-Quran dengan lebih dalam..Orang bukan Islam Nampak tersohor di mata dunia kerana mereka Berjaya mengaburi dan menutupi kewujudan kegemilangan Islam..

Bukankah semua itu milik kita?? Albert Einstein pernah menyatakan bahawa ilmu tanpa agama adalah buta, manakala agama tanpa ilmu adalah lumpuh.. faham x?? apa yang dia cuba simpulkan ialah Islam adalah agama yang mengajar.. Semua jawapan yang dicari dalam dunia ada dalam Al-quran..
(coz dia mendapat formula algebra itu daripada orang Islam..huhuhu..) so? Dia cuba terangkan bahawa daripada agama (Islam) lah dia mendapat ilmu..got it??

Pelbagai persoalan bermain dalam kotak fikiran seseorang..

‘aku bukannya pandai sangat macam depa’.. ‘depa memang pandai dari kecik’..

tahukah anda? Dengan hanya membaca kebodohan dapat mengatasi kepandaian..

Umat Islam yang terdahulu sudah menjalankan tanggungjawab mereka.. Now, its our turn.. marilah kita membaca..biarlah kita mula di usia muda agar tidak terkejar-kejar di kala lewat..

saji, the name I usually mention..dia suka membaca..i agree with that statement..said her ‘melalui pembacaan, seseorang itu dapat menambahakan ilmu..’

Islam bukan sahaja mementingkan aktiviti pembacaan malah menggalakkan seseorang itu untuk membuat kajian dalam sesuatu perkara.. I hope that orang pertama yang akan mengkaji dan menemui ubat untuk HIV adalah dalam kalangan orang Islam..dengan membaca dan membuat kajian, seseorang akan berilmu dan dengan ilmu kita dapat mencapai kejayaan dan meningkatkan tamadun Islam.

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..

-sumber inspirasi Siti Sajidah Zakaria-

Saturday, May 7, 2011

Bila Hari Ibu??

Assalam...hye3?? sempena hari ibu, '' i love u mom''... ''minta maaf mak''...''saaaaaayaaaang ma''...''umilah segala-galanya''..
pause it right there!!! hahaha...

awat hari laen xleh ckp ka?? baru nk ckp?? hari len dok bt apa ha?? haissshhh...

dengan pakwa, makwa, leh pulak ckp setiap saat...setiap detik...sehingga nafas terakhir...''i love u''!! muakx..dis n dat...

dengan mak?? satu hari ja ka?? tu pown sempena hari ibu...kalo hari ibu x wujud?? trlintas x? nk ckp ''sayang mak'' kat mak hmapa??

personally?? i say it...''ma??? minta maaf taw...doakan haseena taw...if haseena da bt salah, maafkan taw...sayang ma...'' cam tu lah ayat2 aq...lbih kurang ar...yg tu yg randomly aq ckp...yg penting da words ''taw''...bcoz aq xkot ma aq lupa or x taw...hahaha..taw lg...

bukankah setiap ari, ibu doakan kita?? jg kita?? done everthing for us??

yg pakwa, makwa pulak?? apa yg depa bt?? top up, blanja mkn, tgk wyang...rugikn duit mak bpak...tu ja kan??

for ur info?? ma n pa kita bt sgala-galanya utk kita...bukan pakwa makwa...depa hanyalah permainan duniawi...ini semua dunia ja!!!

do u all knw how hard it is, nk branak kan anak sberat 3kg?? ingt snang ka?? if dy mnninggal tym nk brank tu, wujud x insan yg sakinah di atas bumi nie?? then nk jg...until bsaq...bg duit..belikan tu, nie..n everything..

pernah x trfikir, y ma marah kita?? kalo dy x syang kita, dy xkn marah kita punya...ada dy mrah anak jiran?? ada dy suruh anak jiran p solat?? study hard?? suruh bt ltihan?? xda kan?? if da, kadang2 kowt... ''marah tandanya sayang''...renungkanlah..

hnya dpat 1 ari ja nk ckp ''sayamg ma''...huh... bru dpt tym nk ckp smua tu eh??
xfham ar...awat nk ikut cara kafir sngt?? bukankah setiap hari adalah hari ibu, hari bapa, hari guru...n hari2 lah...bukankah depa yg mmbntuk kita mnjadi insan yg berguna?? insan yg kamil?? tanpa depa, sapalah kita di dunia nie...

aq cuma kurang snang wen tym hari ibu lah owg nk ambk taw pasal mak...sibuk2 nk kol mak...konon nk snangkan hati mak...padahal yg bg pringatan tu TV...ada good point jugk..i didnt deny it...spatutnya, kt kena ambk taw pasal parents every day..bukn hari2 tertentu ja...dat is my point of view..
-sorry, aq memunk cam nie-

Friday, May 6, 2011

We Should Proud To be Wanita...hahaha

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

*sekadar perkongsian bersama ;)